“Saya Gementar Semalam Sampai Lupa Nak Tanggalkan Vape”
Akui cuai apabila membawa beberapa rokok elektronik atau vape ketika menjadi penyampai anugerah di Anugerah Bintang Popular BH ke-33 (ABPBH33) semalam, Shaheizy Sam memohon maaf di atas kekhilafannya itu.
Gementar dengan situasi norma baharu yang lengang sehingga terlupa untuk menanggalkan vape dilehernya, Sam menegaskan ia bukan salah pihak penganjur dan pada masa sama dia memang kerap membawa vape bersama.
BACA: Shaheizy Sam Dikecam Gantung Vape Di Leher Ketika ABPBH
“Saya minta maaf kerana saya sendiri yang cuai. Bukan salah pihak penganjur ABPBH33 atau TV3. Semalam, saya berada dalam keadaan gementar sebab situasi norma baharu yang lengang membuatkan saya lupa untuk alihkan vape.
“Saya memang sentiasa membawa vape yang banyak kerana jika salah satunya kehabisan bateri, saya ada pengganti. Tak sangka pula saya boleh terlepas pandang,” katanya kepada Harian Metro.
Sudah menggagak perkara itu pasti akan mencetuskan kontroversi, Sam berkata dia sedar mengenai vape yang tergantung di lehernya selepas selesai menjalankan tanggungjawabnya sebagai penyampai anugerah.
“Apabila turun dari pentas, baru saya perasan yang saya membawa vape. Waktu itu, saya sudah terfikir dan boleh mengagak kalau perkara ini akan menimbulkan isu.
“Hari ini, saya dimaklumkan oleh ramai orang mengenai perkara itu dan saya muat naik video permohonan maaf di Instagram untuk menjelaskan kesilapan yang saya lakukan semalam,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi Instagram Sam turut memuat naik video berdurasi 1 minit 37 saat memohon maaf kepada pihak penganjur dan TV3.
- SUMBER
- Harian Metro
Aku pecaya sam terlampau nervous. Sampaikan terlupa juga nk tanggalkan spec huduh tu.patut pki frame bentuk lain
Nape krew x tegur biasa kan ada org yg jaga que sblm keluar. Ptt dia bole tegur
dia bohong tu, nah cari publisiti untuk orang beli vape nya..
jgn pernah percaya dgn keluarga ini, suka membohong, lebih2 merekakan retis mesti pandai berlakon minta dimaafkan. maka hanya untuk promosi barangan jualan mereka je
Nampaknya vape bermacam warna d promisikan d lihirnya. Mustahil lupa sampai 3 warna berlainan vape
Kalau sesiapa pergi nengok channel youtube Samtilla … Ada satu contens tu Bini dia pun dok Cakap pelik dengan laki dia Mulut ada satu vape ada berlambak .
Haaaa bini dia pun pelik , Apa kan pulak netijen
Masa sakit ingat Allah baru Allah nk bg senang sikit dh lupa diri
tanda2 dh berusia. kalo belum lupa2 tu jgn buat2 atau mintak sgt sis. nnti Allah bg dementia, rumah ko pun ko x lupa kat mana. bini ko sape pun ko x ingat. nama ko pun ko lupa.
Ko ni mcm sakai jer sam… Sama kategori ngan abang ipar ko bung…. Kakak ko pun sama…. Bini ko lagi ler…. Mmg sian. Keturunan bengapmata duitan.
Lakibini badigol..
TIPU!!!! Mmg dia dah plan. BOYCOTT jer dia ni.
over excited sgt….over sgt la lupa, buat lawak hambar mcm selalu (diakan mmg over) try hard nk buat lawak bangang atas pentas…for sure la lupa nk tanggal rantai tu….
BTL KE KAU GEMENTAR. BTL KE KAU LUPA? VAPE SAMPAI 4 TERGANTUNG YA. BUKAN 1. LAIN2 COLOR PLK HAHAH. NK CKP PASAL GEMENTAR? EH HELLO, DPN KAU MANA ADA NETIZEN YG DTG TGK AWARD. TKDE PENONTON YA. NK KENCING PN AGAK2 LA, ALASAN TAK RELEVAN WOI HAHAHAHHAHAHAH