fbpx

“Saya Bukan Pelakon Pilihan Pertama Takdir Yang Tertulis”

Berjaya melakonkan watak Juweta dan Ruhuila dalam drama Takdir Yang Tertulis sehingga memberi impak besar kepada penonton, bagaimanapun watak tersebut pada asalnya bukanlah milik Nad Zainal dan Elvina Mohamad

Tidak ralat apabila menjadi pilihan terakhir bagi melakonkan watak Juweta, Nad Zainal yakin bahawa itu adalah rezeki yang sudah tertulis buat dirinya.

BACA: Nad Zainal Bakal Timang Anak Kedua

“Saya dan Elvina bukanlah pilihan pertama, kami adalah pilihan terakhir. Nak dijadikan cerita, saya ini kira pengganti Janna Nick dan Diana Danielle. Saya pun fikir banyak kali, sebab cerita ini sama dengan Hati Yang Tersakiti. Saya tak nak ada pengulangan.

“Saya gementar juga menjadi pilihan terakhir, sebab mesti pengarah sudah ada bayangan macam mana watak ini nak dibawa, jadi saya harap mereka yakin saja dengan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Nad turut berkongsikan bahawa sudah banyak kali sebenarnya namanya ditolak untuk membintangi drama atau filem.

“Bercakap mengenai drama Nur 2, watak Juita saya menjadi pilihan pertama untuk watak itu. Tapi ada alasan tertentu kenapa watak itu tak diberikan kepada saya. Saya pun okay saja.

“Ketika itu pun ada jumpa seorang hamba Allah nak menjadikan saya watak Juita dalam Nur 2 iaitu watak pelacur. Saya pun ‘feeling’, tapi akhirnya tak jadi.

“Tapi itulah orang kata percaturan Allah SWT. Dia tak jadikan Juita itu, tapi jadilah Juweta ini dalam TYT. Jadi kalau sudah beri laluan rezeki itu, kita buat sehabis baik,” katanya.