fbpx

Nad Zainal Bakal Timang Anak Kedua

Tahniah diucapkan kepada pelakon Nad Zainal dan suami, Muhammad Faliq yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Berita gembira itu dimaklumkan oleh Nad di Instagram miliknya sebentar tadi.

Nad berkata dia tidak mengalami sebarang alahan dan masih menjalani penggambaran sebuah drama. Usia kandungan kini mencecah empat bulan, Nad berkata selepas ini dia hanya akan mengambil kerja yang mudah sahaja.

BACA: Nad Zainal Bengang Lelaki Hantar Gambar Kemaluan

“Saya hamil empat bulan. Buat masa sekarang saya menjalani kehidupan macam hari normal kerana tidak mengalami sebarang alahan.

“Saya masih menjalani penggambaran drama bersiri dan selepas habis drama ini saya hanya ambil kerja mudah-mudah sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Nad berkata dia berharap untuk menimang cahaya mata perempuan Namun, dia reda jika dikurniakan anak lelaki asalkan bayi yang dilahirkan berada dalam keadaan sihat.

“Jauh sudut hati saya mahukan anak perempuan tapi saya berdoa janji anak ini sihat sahaja. Anak lelaki pun tak apa,” katanya.

Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015. Pasangan tersebut dikurniakan anak lelaki yang mesra dengan panggilan Yem pada 14 Oktober 2016.