fbpx

Baru-baru ini, penceramah terkenal Ustaz Ebit Lew berkongsikan video meraikan ulang tahun kelahiran anak sulungnya Airis Safiyyah yang ke-11. Rata-rata netizen turut tumpang bahagia melihat kebahagiaan keluarga Ustaz Ebit.

Namun apa yang menjadi perhatian, Ustaz Ebit turut memuat naik video menghadiahkan bidadarinya beg tangan berjenama bagi menghargai pengorbanan isterinya bertarung nyawa melahirkan dan membesarkan anak-anak mereka.

BACA: Ustaz Ebit Lew Tak Hirau Letih Asal Dapat Ziarah Pusara Ibu

Ustaz Ebit berkata setiap kali hari lahir anak, cium dan ucap terima kasih pada isteri yang berkorban melahirkan anak-anak mereka. Lebih istimewa, Ustaz Ebit turut menzahirkan ucapan terima kasih buat isterinya yang setiap hari membuatkan dirinya jatuh cinta.

https://www.instagram.com/p/CB95dYXlUVw/?utm_source=ig_embed

“I love u bidadariku. Hari lahir anak. Kena kiss dan terima kaseh pada bidadari yang berkorban melahirkan anak semuanya. Terima kaseh sudi menemani abang dalam hidup ini.

“Terima kaseh setiap hari membuat abang jatuh cinta dengan sayang setiap hari dan menjadi penyejuk mata ini. Bulan 6. Hari lahir 3 orang saya sayang cintai di bulan ini. Arwah mak. Bidadari. Dan anak sulung,” tulisnya.

Malah, Ustaz Ebit memohon maaf kepada kepada Allah kerana ketika mereka susah dahulu isterinya itu banyak berkorban sehingga semua emas digadaikan untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Ujarnya ketika itu, mereka sekeluarga tiada duit untuk makan dan membeli lampin serta susu anak.

“Allah takdirkan dalam perjalanan hidup saya bertemu bidadari ini. Semuanya dikorbankan dan tak pernah mengeluh. Berjauhan, susah,penat,sakit kadang seorang diri saat saya tiada dirumah.

“Ya Allah maafkanlah saya. Dulu semua emas isteri gadaikan dan duit nak makan, pampers dan susu anak pun kadang tiada,” tulisnya.

Ustaz Ebit turut berterima kasih kepada Allah kerana dikurniakan isteri yang sentiasa memahami serta mendoakan agar beliau dan isteri akan terus bersama di dunia dan di syurga selamanya.