fbpx

Sara Ali Kini Sudah Berhijab?

Jika benar bahawa pelakon Sara Ali telah mengenakan hijab, ia pastinya sesuatu yang positif buat dirinya. Ini kerana, kebelakangan ini Sara seringkali berkongsi gambarnya di Instagram dengan imej berhijab.

BACA: Sara Ali Fikir Kahwin Apabila Sudah Jadi Pengarah

Apa yang pasti, tindakannya ke arah yang lebih baik itu turut mendapat pujian dan juga sokongan daripada peminatnya. Bagaimanapun, Sara sendiri belum menyatakan apa-apa berkaitan imej terbarunya itu.

Menyentuh soal masa depan, Sara sebelum ini menyatakan ketika ini dia mahu memberikan tumpuan kepada kerjaya. Namun apa pun, semoga apa yang dilakukan oleh pelakon ini akan berkekalan dan dipermudahkan segala urusannya dalam menuju ke arah kebaikan. (rtky/s)