fbpx

Sara Ali Fikir Kahwin Apabila Sudah Jadi Pengarah

Mahu mengejar cita-citanya untuk bergelar pengarah terlebih dahulu, pelakon Sara Ali meletakkan perkara tersebut sebagai keutamaan sebelum mahu mendirikan rumah tangga selain kini turut berusaha keras ke arah tersebut.

BACA: Sara Ali Tidak Kisah Teman Lelaki Lebih Muda

“Saya belum fikir soal kahwin lagi setakat ini, Insya-Allah selepas cita-cita saya untuk jadi pengarah tercapai barulah saya fikir soal itu. Buat masa ini saya sedang cari idea dan bina keyakinan untuk terjun ke bidang pengarahan”

“Saya sudah bersedia cuma sedang mencari masa yang sesuai sahaja untuk mulakan projek pengarahan itu, mungkin juga sebelum hujung tahun ini,” jelas pelakon yang berusia 25 tahun ini kepada mStar Online.

Sara menambah, dia merupakan seseorang yang mementingkan soal kualiti berbanding kuantiti dalam drama yang dibintanginya. Selain itu, Februari lalu, Sara mengakui menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan muda bernama John Shaqeel berumur 22 tahun. (rtky/s)