fbpx

Sambut Hari Lahir Ke-34, Elyana Mohon Doa Panjang Umur

Menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 hari ini, penyanyi dan pelakon Elyana memuat naik status memohon doa untuk diri dan keluarganya.

Menerusi entri kongsikan itu, Elyana berdoa agar dia dan keluarga diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta dilimpahkan rezeki.

BACA: “Setiap Hari Saya Tengok Elyana Berjuang Melawan Kesakitan”

“5 july 2021, hari lahir saya yang ke 34 tahun. Saya mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik,panjang umur,di perluaskan pintu rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin Ya Rabbalalamin,” tulisnya.

Perkongsian Elyana itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar penyanyi itu cepat sembuh serta diberikan kesihatan yang baik.

Terdahulu, Elyana memaklumkan dia perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Katanya lagi, dia juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.