fbpx

Rumah Agam Aliff Syukri 30 Bilik, Siap Bilik Kebal

Sebelum ini, jutawan kosmetik popular Datuk Aliff Syukri sering memuat naik gambar dan video perkembangan rumah mewah baru miliknya di Instagram.

Selepas 4 tahun menanti, akhirnya banglo mewah pengasas produk Dherbs ini sudah pun siap.

Semalam, Aliff Syukri sempat kongsikan video kediamannya. Memang besar sungguh rumah tersebut dah macam istana. Lebih mengejutkan video tersebut mendapat 1 juta tontonan. Aliff turut kongsikan serba sedikit tentang kediaman barunya itu.

Diberi nama Palace Aliff Syukri, rumah itu berkeluasan 40,000 kaki persegi, mempunyai 30 buah bilik. Dilengkapi dengan surau, gimnasium, rumah kucingnya Dodi dan bilik kebal.

Menurut Aliff, beliau membina kediaman besar tersebut adalah untuk anak-anaknya. Tambahnya lagi, beliau mahu anak-anaknya tahu kepayahannya untuk mencari rezeki.

“Saya bukukan kisah rumah ini untuk anak-anak saya tahu bukan senang saya mencari duit dan bukan senang nak siapkan rumah ini selama 4 tahun menanti.

Tambah Aliff lagi, dia berharap dengan kejayaannya membina rumah tersebut mampu menjadi pembakar semangat orang di luar sana untuk berjaya sepertinya.

“Sekarang umur abah 31 tahun. Abah bodoh pelajaran spm pun gagal tapi abah nak anak-anak abah tahu abah juga mampu berjaya macam orang lain. Bagi orang lain mungkin biasa je. Apalah rumah nak tunjuk tapi bagi saya apa yang saya buat ni kepuasan dalam pencapaian hidup saya,” tulisnya.