Tahniah kami ucapkan kepada Raja Farah dan juga suami, Iskandar Ismail yang telah selamat diijabkabul pada 6 September lalu di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Shah Alam. Sementara itu, semalam telah berlangsung resepsi di Hotel De Palma, Ampang, Selangor.

BACA: Bakal Bernikah, Bekas Suami Doa Kebahagiaan Raja Farah


Majlis yang diadakan dengan bertemakan James Bond itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti lain serta Dato’ Siti Nurhaliza bersama suaminya. Dalam busana yang cukup ringkas dan meriah itu, pasangan itu kelihatan manis dan secocok sekali.

Semoga perkahwinan Farah kali ini akan membawa bahagia yang berkekalan dan sentiasa dilimpahkan rezeki. Kami kongsikan dengan anda beberapa keping gambar majlis resepsi yang berlangsung semalam. Enjoice!

GAMBAR IHSAN: Eddie PhotoVideo