fbpx

Netizen Terkejut Rupanya Suami Emma Maembong Ada Kembar

Sejak mendirikan rumah tangga Februari lalu, pelakon Emma Maembong dilihat semakin bahagia selepas berkahwin. Malah, Emma juga sering berkongsikan momen manis bersama suaminya, Muhammad Shazli.

Tetapi ramai yang tidak tahu sebenarnya suami Emma sebenarnya mempunyai pasangan kembar seiras. Memang sama tampan sama kacak dengan suami Emma. Menerusi Instagram, suami Emma berkongsikan foto saudara kembarnya dan ternyata, rata-rata turut netizen terkejut.

BACA: Emma Maembong Akui Tak Suka Keluar Shopping

Kembar suami Emma itu dikenali sebagai Muhammad Shaznin Azhar. Difahamkan, kembarnya itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda di Royal Melbourne Institute of Technology dan dia menjawat jawatan sebagai eksekutif kanan di Malaysian Airports.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan wajah Shazli dan kembarnya memang sangat seiras sehingga ramai yang sukar untuk membezakan yang mana satu sebenarnya suami Emma.

Dalam pada itu ramai yang tertanya-tanya yang mana satu abang dan yang mana satukah adik. Tidak kurang juga ada yang mengatakan jangan sampai Emma tertukar suami sudah kerana tidak dapat bezakan yang mana satu Shazli.