fbpx

Ruhainies Tiada Masalah Buat Babak Bersentuhan

Pelakon Ruhainies berkata sebagai anak seni dia mengakui tiada masalah untuk melakukan babak bersentuhan dengan pasangan hero dalam filem mahupun drama.

“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”

Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...

Baca Lagi

Memetik Kosmo, Ruhainies bagaimanapun babak tersebut haruslah masuk akal dan bersandarkan logik jalan cerita serta tidak dibuat untuk publisiti murahan.

BACA: Ruhainies Mohon Maaf Pakai Baju Nampak Lurah

“Sekiranya ada babak yang memerlukan saya dan pasangan bersentuhan, itu tidak mengapa. Contohnya untuk babak kemalangan dan saya terpaksa didukung oleh hero.

“Itu logik juga. Nak berkarya jangan kolot sangat. Tapi kalau tiba-tiba nak kena peluk, cium, itu tidak boleh,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata dia tidak akan melakukan adegan bersentuhan selepas mendirikan rumah tangga bagi menghormati suaminya.

“Apabila sudah berkahwin, saya akan tolak babak bersentuhan dengan lelaki kerana menghormati suami. Sebagai isteri, saya kena jaga air muka dia,” katanya.

Sementara itu, Ruhainies berkata dia akan berbincang dengan pengarah terlebih dahulu jika ada babak yang melampau dalam naskah berkenaan.

“Kalau perasan, dalam lakonan saya memang tidak ada babak atau adegan yang melampaui batas. Kalau ada sekali pun, saya akan cuba berbincang dengan pengarah. Setakat ini, pengarah belum pernah kata tidak bila saya berbincang dengan mereka,” katanya.