Pelakon Abby Abadi menitipkan ucapan hari lahir sempena ulang tahun kelahitan anak bongsunya, Maria Danisha yang ke-18 menjadi perhatian.

Menerusi hantaran itu, Abby mengakui sudah hilang rasa serta sedih anak-anak yang dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh seolah melupakannya.

BACA: “Mama Doakan Yang Terbaik Buat Kalian” – Abby Abadi Kongsi Video Marissa, Munir

“Selamat ulang tahun, Maria Danisha Hakim. Terima kasih menjadi anak mama selama 18 tahun ini. Tak tahu nak tulis apa sebab hati mama dah hilang rasa sebenarnya. Tapi mama nak baby tahu, dari dalam perut, korang kecil mama jaga anak-anak bagai menatang minyak yang penuh.

“Makan mewah tempat tinggal selesa, berjalan sana sini, pakai baju cantik-cantik walaupun Mama ni ‘tak berapa ada’ pun sebenarnya. 

“Tapi bila anak-anak dah besar, semudah itu melupakan mama. Kalau mama yang melahirkan pun dibuang macam tu je, apatah lagi abahnya. Ada pun seakan-akan tiada dibuatnya,” luahnya.

Sementara itu, Abby turut terkenang saat dia hamil anak ketiganya itu pelbagai dugaan dilaluinya namun memilh untuk memaafkan kerana terlalu penat.

“Mama maafkan segala-galanya sebab masa itu mama penat sangat. Penat sangat-sangat tak terluah dengan kata-kata. Berat juga rasa hati nak wish, sebab tahu akan jadi cerita lain sebab kecik hati sangat-sangat. Takpelah, Mama wish juga selagi masih ada nyawa ni.

“Maafkan mama tak mampu jadi mama yang baik, yang hebat atau kaya untuk anak-anak hidup senang-lenang. Diusia baby yang ke 18 ini lupakan mama terus tak apa. Teruslah hidup bersama puppy dan momok. Semoga kekal hingga ke syurga Firdausi,” tulisnya.

×