fbpx

Ruhainies Mohon Maaf Pakai Baju Nampak Lurah

Perkongsian pelakon Ruhainies mengejutkan ramai apabila dilihat tampil berpakaian mencolok mata sehingga menampakkan lurah dadanya sekaligus mengundang kecaman netizen.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Memetik mStar Online, Ruhinies memohon maaf serta menjelaskan ketika kejadian di dalam keadaan tergesa-gesa sehingga tidak sempat mencuba inner yang dibeli sehari sebelum majlis.

BACA: Ruhainies Kongsi Video sedang Bersiap, Pakai Singlet Tali Halus

“Saya mohon maaf atas apa yang berlaku…Salah saya sendiri pakai baju inner yang menampakkan bahagian dada. 

“Ketika itu saya tergesa-gesa hendak hadir majlis pelanjaran sebuah butik sampai tak sempat mencuba inner yang bary saya beli sehari sebelum majlis. 15 minit sebelum majlis baru saya pakai baju tersebut…Apabila dah pakai barulah saya perasan,” katanya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata rakan-rakan juga turut terkejut melihat penampilannya itu apatah lagi dia tidak pernah tampil seksi seperti itu.

“Kawan-kawan yang datang ketika itu pun ada yang terkejut sebab sebelum ini saya tak pernah seksi sebegitu. Selain kecaman, banyak juga komen yang kecewa dengan penampilan tersebut.

“Pada hari itu saya ada tiga acara, jadi selepas majlis pelancaran itu saya terus beli inner baru dan menukarnya,” katanya.

Kata Ruhainies lagi, dia seorang yang menjaga penampilan serta berjanji kejadian itu tidak akan berulang lagi dan akan lebih berhati-hati dalam soal pemakaian selepas ini.

“Saya ada prinsip tak akan pakai terlalu seksi hadir mana-mana majlis. Selama ini pun saya amat menjaga penampilan supaya tidak keterlaluan. Saya janji kejadian ini tidak akan berulang lagi. Saya kan lebih berhati-hati,” katanya.