Penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob menjadi perhatian apabila memuat naik mesej perbualannya dengan Datuk Seri Vida di Threads.

Menerusi hantaran berkenaan, Vida seolah merajuk dengan penyanyi itu kerana menayang badannya di media sosial.

BACA: “Individu Yang Saya Jatuh Hati Sangat Tenang, Sopan Santun &  Pentingkan Agama” – Fazley

View on Threads

Dalam perkongsian tersebut, Fazley seolah meminta bantuan netizen apa yang perlu dilakukannya untuk memujuk Vida.

Diruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan hantaran berkenaan serta ada yang berseloroh mengatakan begini rupanya orang tua bercinta.

×