Ruhainies Maafkan Individu Yang Pernah Kutuk Dirinya
Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian di Insta Story, pelakon Ruhainies memberitahu dia memaafkan mana-mana individu yang pernah mengumpat atau mengutuk dirinya.
Ruhainies berkongsikan perkara itu apabila dia menerima mesej daripada seorang netizen di Instagram yang memohon maaf kerana pernah mengumpat tentang dirinya sebelum ini.
BACA: Mesra Bersama, Peminat Mahu Ruhainies & Zul Ariffin Kahwin
Menerusi mesej yang dihantar, individu tersebut berkata dia meminta maaf selepas mengetahui makna istilah ghibah atau mengumpat.
“Assalamualikum puan, saya baru lepas faham tentang ghibah atayu mengumpat. Jadi sekiranya saya ada mengumpat puan, minta dihalalkan (dimaafkan) ya,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ruhainies mengakui dia sering menerima mesej permohonan maaf daripada individu yang bercakap buruk mengenai dirinya dan sentiasa memaafkan mereka yang berbuat demikian.
“Pada sesiapa yang pernah kuruk atau mengata saya tu dan meminta maaf, saya maafkan. Untuk yang pernah mengata tapi tidak meminta maaf pun saya maafkan juga,” katanya.
Bagaimanapun, kapsyen Ruhainies menjadi perhatian dimana pelakon itu sempat berseloroh tidak dapat menerima apabila individu berkenaan memanggilnya ‘puan’ sedangkan dia masih belum berkahwin.
- SUMBER
- Kosmo!
Sweetnya ruhini… Makcik pun ada sebut nama kau.. maafkan jela ya
Ko dan nak mampos ke , nak maafkan semua org
Tak hingatla..ada ke x aku pernah mengutuk ko..
Apapun aku mntk maaf no..