fbpx

Mesra Bersama, Peminat Mahu Ruhainies & Zul Ariffin Kahwin

Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon Ruhainies menjadi perhatian apabila memuat naik video memaparkan momen mesranya bersama pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin.

Difahamkan, kedua mereka bergandingan menerusi drama bersiri terbaru berjudul Wife Sebelah Rumah. Dalam satu entri, Ruhainies berkata ia merupakan projek paling best dan seronok baginya.

BACA: Ruhainies Tak Mahu Kahwin Online

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ruhainies7

“Salah satu projek paling best untuk saya. Kami seronok menjalani penggambaran untuk drama bersiri ini. Ia mengambil masa tiga minggu untuk habiskan 16 episod,” tulisnya.

Ruhainies berkara sangat senang bekerja dengan Zul serta mendedahkan aktor itu sebenarnya seorang yang kelakar dan suka mengacau orang.

“Zul Ariffin adalah salah seorang gandingan yang best. Senang sangat bekerja dengan dia. I selesa sangat working with him. Dia sebenarnya kelakar, pemalu to be honest walapun hobi dia suka kacau orang,” tulisnya.

Melihatkan keserasian mereka, rata-rata peminat mendoakan agar Ruhainies dan Zul bertemu jodoh. Malah, ada yang bersetuju bahawa mereka pasangan yang serasi.