Sebenarnya ketika ini, hanya Rozita Che Wan seorang sahaja berada di kota London untuk sesi fotografi pra perkahwinan mereka manakala Zain Saidin masih berada di Cape Town, Afrika Selatan untuk menghabiskan pengambaran Fear Factor 2.

Awal bulan yang lalu, kami ada menulis laporan menyebut yang Rozita Che Wan berhasrat untuk terbang ke London untuk memborong barang hantaran perkahwinan mereka dan rupa rupanya pasangan ini turut menjalankan sesi fotografi di sana.

BACA: Rozita Che Wan Rancang Ke London Untuk Borong Barang Hantaran Kahwin

Dalam beberapa keping gambar belakang tabir sesi fotografi yang dikongsikan oleh Rozita Che Wan menerusi Instagram beliau, pelakon popular ini nampak cantik bergaya di hadapan kamera dengan latar belakang beberapa lokasi menarik di London.

Pastinya kesemua gambar yang di’rakamkan (dan harapnya akan melibatkan Zain Saidin juga) akan dipaparkan di majlis perkahwinan mereka kelak. Yang pasti, tarikhnya masih menjadi tanda tanya ramai. Jangan tahu tahu sudah bernikah, sudahlah. Heh.