fbpx

“Rolls Royce Bukan Hadiah, Hanya Kereta Pinjam”

Kecoh seketika laman sosial semalam apabila video mengenai Izara Aishah dan juga Adib Khalid menerima hadiah berupa sebuah kereta Rolls Royce beserta dengan seorang pemandu.

BACA: Bakal Ipar Hadiah Izara Aishah Kereta Rolls Royce

Bagaimanapun menurut Adib dalam kenyatannya kepada BH Online, kereta itu sebenarnya ialah kereta rasmi yang bakal digunakan sepanjang majlis perkahwinan mereka dan bukanlah hadiah perkahwinan.

“Abang saya, Anas, memang terbabit dengan perniagaan kereta mewah dan kebetulan, Rolls-Royce adalah antara jenama yang dijual mereka. Justeru untuk tujuan promosi, syarikatnya menaja kenderaan berkenaan untuk kami gunakan sepanjang majlis perkahwinan ini berlangsung”

“Kalau ada sesiapa ingin membeli kereta itu selepas ini, bolehlah menghubungi saya,” jelasnya. Tapi, katakanlah kereta itu adalah hadiah pun, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa kerana berdasarkan profil perniagaan dan keluarga Adib sendiri ia adalah satu kemampuan.

Apa pun, semoga perjalanan pasangan ini menjelang pernikahan pada hari ini berjalan lancar. Peminat pun pastinya tidak sabar-sabar menantikan kehadiran cahaya mata pula daripada pasangan sejoli ini selepas mendirikan rumahtangga nanti. (rtky/s)