fbpx

Bakal Ipar Hadiah Izara Aishah Kereta Rolls Royce

Bakal menjadi sebahagian dari keluarga Datuk Seri Siti Nurhaliza, Izara Aishah nampaknya ditatang bagai minyak yang penuh. Selain disayangi oleh keluarga Adib Khalid, beliau juga baru sahaja menerima hadiah istimewa berupa kereta mewah, Rolls Royce dari bakal abang ipar.

BACA: Izara Aishah, Adib Khalid Nikah 19 November Ini

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, Izara dan Adib kelihatan sangat terkejut dengan bentuk hadiah yang bernilai jutaan ringgit buatnya. Video itu bagaimanapun tidak dimuat naik di Instagram pasangan ini, tetapi begitu viral di Facebook hinggakan menarik perhatian ramai.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah buat Izara dan Adib yang bakal bernikah tidak lama lagi, termasuklah hadiah yang diberikan kepadanya. Belum bernikah pun sudah dapat hadiah mewah, beruntung Izara.

Sebelum ini, dikhabarkan pasangan ini akan melangsungkan majlis pernikahan pada 19 November ini selepas gambar kad jemputan yang diedarkan tersebar di media sosial. Tidak lama lagi tu, semoga segala perancangan dan persiapan perkahwinan pasangan ini berjalan lancar. (rtky/w)