Kisah rumahtangga pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan tidak pernahnya surut malah semakin hangat diperkatakan oleh media massa. Tuntutan yang dibuat oleh Rita Rudaini terhadap bekas suaminya ada kalanya wajar disebabkan apa yang telah berlaku ini.

Minggu lalu, Rita menuntut nafkah yang tertunggak selama 2 tahun sebanyak RM 102,000 & juga nafkah mutaah iaitu sebanyak RM 150,000. Sebutan untuk kes nafkah tertunggak akan dibicara pada bulan September ini, manakala tuntutan ke atas nafkah mutaah masih dalam perbicaraan dan belum ada tarikh yang sahih untuk sebutan semula proses perbicaraan itu.

BACA: Rita Rudaini Menuntut Nafkah Tertunggak RM100,000

Dalam pada itu, Rita Rudaini turut meluahkan rasa kesal apabila Aidil Zafuan kini sudah tidak lagi datang menjenguk anak seperti yang selalu dilakukan sebelum berkahwin baru.

“Saya berasa marah apabila dia tidak menunaikan janjinya untuk meluangkan masa lebih banyak bersama anak-anak kerana selepas berkahwin dia langsung tidak datang bertemu mereka”

“Saya sendiri tidak pasti mengapa tetapi anak kedua kami iaitu Arjuna yang semakin rapat dengannya mula bertanya mengapa ayahnya tidak datang lagi,“ ujarnya.

Menurut Rita Rudaini lagi, semenjak Aidil Zafuan berkahwin baru komunikasi diantara mereka seakan terputus apabila isterinya menyekat pelakon itu dari aplikasi WeChat & WhatsApp.

“Saya punya Whatsapp dengan WeChat pun kena block dengan isteri dia. Kadang-kadang tengok TV, anak anak akan cakap itu mcm daddy, tetapi org lain. Saya akan cuba alih perhatian anak-anak. Saya tak nak bohong mereka, kerana apabila mereka dewasa kelak mereka akan mempersoalkan tanggungjawab bapa mereka,” tambah Rita lagi.

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan sah bercerai talak satu pada 5 September tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan. (rtky/hfz)