Belum selesai lagi kisah pasangan ini di mahkamah. Terbaru, Rita Rudaini dan bekas suaminya Aidil Zafuan akan kembali ke mahkamah 30 September ini untuk perbicaraan penuh tuntutan pelakon itu terhadap nafkah tertunggak melebihi RM100,000.

Menurut peguam Rita Rudaini, tuntutan nafkah berjumlah lebih RM100,000 yang difailkan Rita itu membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.

BACA: Aidil Zafuan Anggap Tuntutan Nafkah Bulanan Rita Rudaini Mengarut

“Jumlah semua dikira bermula dari tarikh Aidil keluar daripada rumah mereka di Kota Damansara sejak Januari 2012, meninggalkan Rita serta dua anak mereka. Tuntutan nafkah ini difailkan pada awal Januari lalu dan semua jumlah adalah nafkah tertunggak,” jelasnya.

Ketika prosiding semalam, kedua dua Rita Rudaini & Aidil Zafuan tidak hadir dan hanya diwakili oleh peguam masing masing.

Rita Rudaini sebelum ini juga pernah menuntut nafkah anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang sebanyak RM5,392 sebulan.

Bagaimanapun, Aidil Zafuan yang juga pemain pertahanan skuad JDT, menegaskan beliau hanya mampu membayar RM2,000 sebulan. (rtky/m)