fbpx

Wan Hanafi Su Selesa, Restu Hubungan Anak Bersama Remy Ishak

Hujung Disember 2013 yang lalu, akhbar Kosmo! ada menulis tentang hubungan rapat antara pelakon Remy Ishak dan anak gadis Wan Hanafi Su bernama Budi Citawan selepas beberapa keping gambar mereka bersama muncul di Instagram.

Dalam gambar di atas, obviously anda tahulah mana satu anak gadis Wan Hanafi Su bernama Budi Citawan itu. Manis orangnya, untung Remy Ishak. Eh.

Bercakap kepada Harian Metro hari ini, Wan Hanafi Su berkata yang beliau memang kenal rapat dengan Remy Ishak dan tiada masalah untuk anak gadisnya itu untuk berkawan intim dengan dengan jejaka tersebut.

“Kalau mereka berkawan begitu, saya tak ada halangan. Kebetulan saya memang kenal Remy dan menyenangi sikapnya. Jadi apa salahnya kalau memang mereka berkawan, saya restui saja,” ujar Wan Hanafi Su mengulas spekulasi ini.

Pelakon filem Laga ini juga berkata yang beliau enggan mengulas lanjut perkara ini kerana ianya bersifat peribadi dan tidak perlu untuk ditonjolkan atau menjadi bahan sensasi. (rtky/m)