fbpx

Nad Zainal Dakwa Tidak Logik Bercinta Dengan Remy Ishak

Kami pun tidak tahu bagaimana khabar angin ini boleh timbul namun dengar cerita, bekas kekasih Nad Zainal sendiri yang menjaja gosip mengatakan pelakon wanita itu sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan aktor kacak, Remy Ishak.

Bercakap kepada mStar Online, Nad Zainal mendakwa khabar angin itu mengarut dan tidak logik untuk dirinya bercinta dengan Remy Ishak.

BACA: Nad Zainal Akui Dirinya Kurang Nasib Baik Dalam Cinta

“Gosip berkenaan tidak logik kerana hubungan kami bukannya rapat dan sekadar teman sesama artis sahaja. Baik saya atau pun dia, kami tidak pernah berhubung selepas selesai penggambaran melibatkan kami berdua dan hubungan yang wujud sekadar di set penggambaran,” jelasnya.

Nad Zainal juga memaklumkan yang beliau tidak pula tahu menahu akan bekas kekasih yang mana menyebarkan kisah ini namun meminta jejaka itu untuk tidak lagi menganggu dirinya dan meneruskan kehidupan secara normal. Ha, siapa baik mengaku. (rtky/m)