fbpx

Sweetnya Reen Rahim & Suami Main Tumbuk-Tumbuk, Peluk-Peluk Tepi Kolam

Tahniah diucapkan buat pelakon Reen Rahim yang selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Ahmad Nur Hazim dengan sekali lafaz pada 24 Disember lalu di Boraombak Marina, Putrajaya.

Baru enam hari bergelar isteri, baru-baru ini Reen ada berkongsikan video sweet bersama suaminya Ahmad Nur Hazim.

BACA: Reen Rahim Sah Isteri Ahli Perniagaan, Terima Mas Kahwin Sedulang Barang Kemas

Menerusi video dikongsikan di TikTok itu, Reen dan suami melakukan aktiviti seni mempertahankan diri dan menari bersama di tepi kolam renang dipercayai di kediaman mereka.

@reenrahimmy

Helluuu cuami @Hazimzainal4894

? Me Gustas Un Chingo – Alex Luna & DAAZ

Perkongsian Reen itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tumpang gembira melihat kebahagiaan aktres itu bersama suaminya. Tidak kurang juga ada yang berseloroh cemburu lebih-lebih lagi netizen yang masih single.

Terdahulu, Reen menerima mas kahwin sebanyak RM1,988 serta set barangan kemas dan lima dulang hantaran yang turut sama dibalas oleh pengantin perempuan.