fbpx

Raja Ilya Kahwin Jejaka Australia Hari Ini

Menerusi sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram beliau baru baru ini, Raja Ilya meminta doa para peminat supaya majlis perkahwinan beliau yang bakal berlangsung hari ini berjalan dengan lancar.

Raja Ilya yang kini berada di Perth, Australia akan berkahwin dengan seorang jejaka warga Australia yang masih misteri identitinya sehingga kini.

BACA: Raja Ilya Bakal Nikah Jejaka Australia Bulan Depan

“Saya sekarang berada di Perth, Australia dan akan melangsung perkahwinan di sini esok. Majlis ini hanya diadakan secara kecil-kecilan dan hanya untuk keluarga terdekat sahaja. Bagaimanapun kami akan mengadakan majlis resepsi pada tahun depan. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya sangat menghargainya,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Raja Ilya berjanji akan berkongsi saat saat indah perkahwinan beliau hari ini bersama peminatnya di Instagram.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya melalui banyak cabaran selama beberapa tahun ini. Dan hari ini saya rasa sangat bersyukur kerana impian saya selama ini akhirnya menjadi kenyataan. Saya bertemu dengan lelaki yang mencintai saya seadanya. Terima kasih untuk doa semua,” tambahnya lagi.