fbpx

Raja Ilya Bakal Nikah Di Australia Bulan Depan

Baru sahaja memberitahu berita lamaran yang diterimanya, kini Raja Ilya berkongsi tarikh pernikahannya pada 23 Disember nanti yang bakal diadakan di kediaman keluarga bakal suami di Perth, Australia.

BACA: Raja Ilya Dedah Dilamar Ahli Perniagaan Dari Australia

Kongsi Ilya, pada awalnya mereka merancang untuk berkahwin dalam masa dua tahun lagi, namun mempercepatkannya. Malah persiapan majlis juga dilakukan sepenuhnya oleh pihak keluarga lelaki di Australia.

“Kemudian, kami berubah fikiran mahu berkahwin dalam tempoh setahun. Bagaimanapun, apabila memikirkan semula, tiada sebab untuk kami menangguhkannya. Bakal suami mahu mempercepatkan perkahwinan”

“Kami sudah lama bersedia, usia pun bukan muda lagi, jadi untuk apa kami tunggu lama? Bagaimanapun, keputusan berkahwin bukan dilakukan secara tergesa-gesa. Kami sudah membuat perancangan sejak beberapa bulan lalu”

“Ketika ini, saya dan bakal suami lebih teruja apabila majlis pernikahan hanya tinggal lebih kurang sebulan lagi. Segala persiapan diuruskan bakal suami dan keluarganya,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Majlis resepsi bagi pasangan ini akan turut diadakan, namun Ilya dan pasangan akan melangsungkan majlis resepsi di Perth terlebih dahulu dan kemudian Malaysia pada tahun depan. Tahniah buat pasangan ini! (rtky/w)