fbpx

Raja Azmi Dakwa Wujudnya Konspirasi, Bakal Saman Bekas Isteri Roslin

Okay. Sekarang sessi saman bertukar tangan akan bermula.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Lewat petang semalam bertempat di Hotel Concorde, Raja Azmi mengadakan sidang media rasmi tentang kes beliau.

Tujuan utama sidang media Raja Azmi ini adalah untuk memberitahu perkara sebenar & membersihkan nama beliau yang sudah tercalit mayonis akibat kisah khalwat bersama Roslin Hashim tidak menjadi.

Raja Azmi bersyukur yang tuduhan khalwat ke atas beliau & Roslin Hashim telah di’gugurkan dan sekarang tibalah masa beliau untuk membalas dendam membersihkan imej.

Penerbit & pengarah filem ini mendakwa wujud konspirasi di’kalangan bekas isteri Roslin Hashim, Norhayati Othman dan dua orang individu lain yang identitinya di’rahsiakan.

Raja Azmi berkata kepada media yang konspirasi oleh tiga individu bermotifkan cinta & wang — dua subjek yang tidak pernah seiring sejalan pada hemat kami.

Untuk itu, Raja Azmi akan memfailkan saman ke’atas ketiga tiga orang individu itu & meminta perintah mahkamah supaya semua artikel berkenaan dakwaan khalwat beliau di’hapuskan dari muka internet.

Good luck Raja Azmi on removing articles from internet! via Tupai