fbpx

Radhi OAG & Kekasih Rancang Kahwin Tahun Hadapan

Menurut laporan media hari ini, hubungan cinta antara Radhi OAG dan Nur Shahira Ayu Zahiri atau Ayu, 19 kini sudah masuk tahun keempat & ini bermakna mereka bercinta sejak Ayu berusia 15 tahun?

Cinta tidak mengenal usia ‘kan? Contoh: Raja Azmi, ehem.

“Insya-Allah, saya dan Radhi sudah merancang untuk berkahwin pada tahun hadapan. Doa-doakanlah agar hajat kami yang baik ini akan menjadi kenyataan,” ujar Ayu kepada mStar Online semalam.

Menurut Ayu lagi walaupun bukan mudah untuk berkawan dengan Radhi OAG, beliau merasa bertuah kerana penyanyi sudah berjaya meninggalkan tabiat buruknya yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

“Banyak pengorbanan saya berikan semasa berkawan dengan Radhi dan Alhamdulillah, berkat semangat yang saya berikan termasuklah dorongan daripada keluarga, dia boleh meninggalkan tabiat buruknya. Malah dia juga tidak lagi merokok,” tambah Ayu lagi.

Ayu juga telah berubah untuk bertudung sejak Disember lalu selepas berniat untuk mengahwini Radhi OAG. Semoga di’permudahkan niat pasangan ini untuk mendirikan rumah tangga.

Gambar Terima Kasih: GUA & Malaysian Digest