fbpx

Raja Azmi Selamat Bertunang, Pilih Nikah 15 September 2013

Selepas kegagalan rumah tangga yang telah dibina hampir 28 tahun bersama bekas pemain badminton Negara, Jailani Sidek, penerbit dan juga pengarah filem kontroversi Raja Azmi , 53, selamat menjadi tunangan kepada pemain bass kumpulan CRK yang popular sekitar tahun 90-an, Eddie atau nama sebenar Mohd Eddie Ghazali, 45, siang tadi.

Majlis pertunangan yang serba ringkas itu telah dijalankan di rumah pihak perempuan di Ukay Perdana, Ulu Kelang dengan dihadiri lebih kurang 100 tetamu yang terdiri daripada anak-anak kedua-dua pasangan, sanak saudara dan beberapa wakil media.

Hasil perbincangan kedua-dua keluarga pasangan ini, Raja Azmi dan Eddie bakal dinikahkan pada 15 September 2013. Atas permintaan Raja Azmi, beliau menginginkan hanya senaskah Al-Quran sebagai gantian wang hantaran pada hari pernikahan nanti.

Perkenalan mereka bermula sekadar teman biasa sekitar lima bulan apabila mereka berdua kerap bertemu di tempat gimnasium sehinggalah Eddie meluahkan hasrat untuk memperisterikan Raja Azmi.