fbpx

Puteri Sarah Nafi Keluarga Mentua Belikan Rumah

Umum mengetahui, meskipun sudah berpisah dengan bekas suaminya, Syamsul Yusof, namun pelakon Puteri Sarah menjalin hubungan baik dengan keluarga mentuanya.

Terbaru, Puteri Sarah menafikan dakwaan rumah baru yang dibelinya adalah pemberian keluarga mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

BACA: Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

Menerusi sesi live di TikTok, tegas Puteri Sarah rumah tersebut dibeli dengan duit hasil titik peluhnya sendiri serta mengatakan mengapa perlu mengharapkan orang lain.

“Kenapa pula bekas mentua nak belikan saya rumah? Mereka sudah tiada kena-mengena dengan saya lagi. Saya beli dengan duit sendiri. Saya kerja, ada duit sendiri kenapa hendak harapkan orang.

“Siapa yang gosip itu? Tak baik ya, sebab saya penat kerja siang malam, tidur tak cukup, makan tak kenyang dan mandi tidak basah,” katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia sedang mencari rumah ‘landed’ berdekatan dengan rumah keluarganya bagi memudahkan ibunya yang membantu menghantar anak-anak ke sekolah.

“Sekarang saya duduk di kondominum tapi dalam masa sama nak cari rumah ‘landed’ , yang mempunyai pengawal keselamatan dan berpagar. Saya pindah ke rumah yang leibh besar, selesa. Ada rezeki lebih sikit dan memang nak bahagiakan anak anak.

“Saya hendak mencari rumah yang dekat dengan kediaman ibu saya sebab kadang kala pergi balik lambat dan ibu yang selalu tolong ambil dan hantar anak-anak ke sekolah,” ujarnya.