fbpx

Puteri Sarah Saman Pegawai Pemasaran RM1 Juta

Pelakon Puteri Sarah Liyana menfailkan saman dan menuntut RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap seorang pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira.

Menerusi perkongsian di Instagram, ia susulan individu terbabit didakwa menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan membabitkan mereka berdua. Dalam tuntutan yang dimuat naiknya itu, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini.

BACA: Puteri Sarah Jumpa Peguam, Bakal Saman Pegawai Pemasaran

Antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah, menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.

Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Malah, individu berkenaan dituntut dikenakan perintah injuksi bagi menghalang dari menerbitkan sebarang kenyataan.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan seorang individu membawa lari wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dulu dalam sebuah sesi siaran langsung di TikTok. Namun, menerusi temu bual bersama Melodi, individu itu mendakwa dia mangsa aniaya Puteri Sarah.