fbpx

Puteri Aishah Umum Hamil Anak Sulung

Bukan saja Uqasha Senrose, pelakon Puteri Aishah turut membuat kejutan mengumumkan dirinya kini sedang hamil anak sulung.

Berita gembira itu, diumumkan oleh Aishah di Instagram miliknya semalam. Menerusi entri itu, Aishah memuat naik video sedang bercuti bersama suaminya, Muhammad Firdaus.

BACA: Suami Puteri Aishah Terkejut Dapat Banyak ‘Friend Request’ Sejak Kahwin

Dalam video berkenaan, Puteri Aishah turut menunjukkan ‘baby bump’ sambil mengusap perutnya itu. Namun, Aishah tidak menyatakan usia kandungannya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Puteri Aishah (@puteriaishahofficial)

Perkongsian Aishah itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tidak melepaskan untuk mengucapkan tahniah buat pelakon itu.

Untuk rekod, Aishah selamat bergelar isteri kepada Firdaus yang merupakan seorang ahli perniagaan pada November 2021 yang lalu.