Suami Puteri Aishah Terkejut Dapat Banyak ‘Friend Request’ Sejak Kahwin
Pelakon Puteri Aishah berkata semenjak berkahwin, dia dan suaminya, Muhammad Firdaus banyak menerima ‘friend request’ di platform media sosial Instagram.
Memetik Harian Metro, Puteri Aishah memberitahu suaminya terkejut apabila ada peminat sanggup menghantar mesej dan mendesaknya untuk segera ‘approve’.
BACA: “Seksinya Puteri Aishah, Tak Pakai Seluar Ke Tu?”
“Sebenarnya sejak bernikah, sudah terlalu ramai cuba ikuti akaunnya walaupun ia ditetapkan ‘private’. Suami kata, pertama kali telefon bimbitnya mati mengejut disebabkan terima terlalu banyak notifikasi.
“Tapi dia tak ‘approve’ kerana dia memang pentingkan privasi. Kadang-kadang hantaran saya pun dia suruh padam kerana tak suka terdedah sangat dalam media sosial.
“Kalau anda ‘follow’ (ikuti) dia pun, hantaran terakhirnya adalah sewaktu kami kahwin. Kalau sebelum kahwin, hantaran terakhirnya pada 2018. Bayangkan dia memang tak ‘update’ (kemas kini) pun,” katanya.
Dalam pada itu, Puteri Aishah mengakui suaminya tidak begitu mesra di media sosial namun seorang yang peramah jika bertemu secara peribadi.
“Dia okey saja dan ‘friendly’ kalau jumpa depan-depan, cuma di media sosial saja dia tidak berapa ‘mesra’. Sampai dia buka ‘inbox’, dia kata orang paksa dia ‘approve’.
“Dia pelik orang DM (mesej langsung) marahkan dia suruh dan cakap susah sangatkah dia nak ‘approve’. Saya cakap perkara itu normal sebab saya pun sudah terbiasa,” katanya.
Puteri mendirikan rumah tangga bersama seorang ahli perniagaan, Firdaus Sulaiman pada 20 November tahun lalu selepas tiga tahun berkenalan.
- SUMBER
- Harian Metro
puteri aishah ngn puteri sarah ni adik kakak kerr
Ni mesti acik tudung labuh yang mintak friend request.
laki dia nampak macam cover something hahaha
muka sama
macam kak ngn adik laki
huntung dpt laki hensem.
rezeki batin