Telefon sekarang makin canggih, tapi kalau bateri cepat kong atau sikit-sikit jatuh terus retak, memang boleh sakit hati kan?

Sebab tu HONOR X9e Pro yang bakal muncul tak lama lagi nampaknya cuba tampil dengan pakej yang agak luar biasa untuk kelasnya.

Flagship pertengahan terbaharu HONOR X9e Pro yang bakal dilancarkan tidak lama je lagi ini berjaya merangkul lima gelaran industri pertama serentak – kapasiti bateri terbesar, ketahanan paling kukuh, ketahanan air terbaik, kecerahan skrin tertinggi dan siri paling laris dalam segmen pertengahan.

Antara kelima-lima kelebihan ini, kapasiti bateri gergasi 11,000mAh menjadi tumpuan utama pelancaran kali ini.

Kalau korang jenis yang cepat gelabah bila bateri telefon tinggal 20%, nampaknya kali ini HONOR boleh buat korang tarik nafas lega.

Bateri 11,000mAh, Boleh Tahan Berapa Lama?

Dengan kapasiti 11,000mAh, HONOR X9e Pro dikatakan mampu memainkan video sehingga 66.8 jam, mendengar muzik sehingga 164.5 jam dan melayari video pendek sehingga 35.6 jam berdasarkan ujian makmal rasmi.

Maksudnya, kalau penggunaan korang biasa-biasa, satu pengecasan memang berpotensi untuk menemani aktiviti sepanjang hujung minggu tanpa perlu sibuk mencari plug.

Lebih menarik, telefon ini turut menyokong pengecasan berwayar 80W serta reverse charging 27W.

Jadi bukan telefon korang saja boleh dicas. Dalam situasi kecemasan, HONOR X9e Pro juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain seperti earbuds atau telefon kawan.

HONOR turut mendakwa bateri ini boleh berfungsi dalam suhu antara -20°C hingga 50°C, dengan jangka hayat rasmi sehingga enam tahun.

Jatuh, Hentak, Kena Tembak Pistol Udara Pun Masih Boleh Guna?

Bahagian ketahanan pula memang agak luar biasa tau korang.

HONOR X9e Pro menggunakan reka bentuk casing yang diinspirasikan daripada crash beam kereta lumba, bertujuan mengagihkan daya hentaman ke seluruh rangka telefon apabila berlaku jatuhan.

Satu lagi teknologi yang digunakan ialah penyelesaian full-surface adhesive bonding antara skrin dan rangka telefon. Teknologi ini direka untuk membantu menyerap serta mengagihkan hentaman bagi mengurangkan risiko kerosakan pada skrin.

Dalam ujian yang ditunjukkan kepada media, skrin X9e Pro turut dikenakan beberapa tembakan peluru getah menggunakan pistol udara.

Hasilnya? Skrin masih boleh berfungsi seperti biasa selepas ujian tersebut. Pergh!

Bukan itu je korang, telefon ini turut diuji jatuh pada 10 jenis permukaan dan kesemua lapan sudut badan telefon, termasuk jubin, marmar, granit, jalan berturap dan jalan berbatu. Hasilnya? Masih kekal padu!

Ketahanan Air Setanding Kapal Selam – 10 Meter? No Hal Lah!

Untuk ketahanan air, HONOR X9e Pro hadir dengan tiga pensijilan iaitu IP68, IP69 dan IP69K, selain menyokong ketahanan air sehingga kedalaman 10 meter berdasarkan spesifikasi dan ujian yang dinyatakan HONOR.

Telefon ini juga dikatakan mampu bertahan sehingga 100,000 kitaran kemasukan air serta lulus ujian semburan garam berterusan selama 24 jam.

Reka bentuk ketahanan airnya pula mengambil inspirasi daripada struktur kapal selam dengan beberapa lapisan perlindungan dan sistem pengedapan untuk membantu melindungi komponen dalaman.

Skrin 10,000 Nit – Tengah Panas Terik Pun Masih Jelas!

Satu lagi perkara yang menarik perhatian ialah skrin dengan kecerahan puncak 10,000 nit.

Menurut HONOR, angka ini merupakan peningkatan sekitar 67% berbanding generasi sebelumnya, sekali gus menjadikan paparan lebih mudah dilihat dalam keadaan cahaya terang.

Dengan cuaca Malaysia yang kadang-kadang memang terik macam nak bakar kulit, skrin terang sebegini sememangnya boleh jadi satu kelebihan untuk penggunaan di luar.

HONOR turut mendakwa struktur skrin baharu ini lebih stabil dan membantu mengurangkan risiko burn-in.

Siri HONOR X Dah Empat Generasi Jadi Pilihan Pengguna?

Bukan setakat spesifikasi, HONOR juga mengetengahkan rekod siri X dalam pasaran Malaysia.

Menurut data yang dikongsikan HONOR, siri HONOR X telah menjadi siri telefon pintar pertengahan paling laris di Malaysia selama empat generasi berturut-turut, selain mengekalkan kedudukan No.1 selama 37 bulan berturut-turut dari Februari 2023 hingga Mac 2026.

HONOR turut mendakwa bahagian pasarannya mencecah 77% pada suku keempat 2025, manakala siri HONOR X telah digunakan oleh lebih 130 juta pengguna di seluruh dunia.

Dengan bateri 11,000mAh, ketahanan lasak, perlindungan air dan skrin 10,000 nit, nampaknya HONOR memang mahu X9e Pro tampil sebagai telefon yang bukan sekadar untuk tengok TikTok dan WhatsApp semata-mata.

HONOR X9e Pro: Raja Baharu Tiba 24 September

HONOR X9e Pro akan dilancarkan secara rasmi pada 24 September.

Jadi, persoalan paling besar sekarang, korang rasa berapa pula harga yang HONOR bakal letakkan untuk telefon dengan bateri sebesar power bank ni? Nantikan maklumat lanjut nanti!

×