fbpx

Polis Siasat Neelofa & PU Riz Didakwa ‘Bulan Madu’ Di Langkawi

Belum reda dengan isu pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di majlis pernikahan, Sabtu lalu, semalam tular di media sosial gambar Neelofa dan PU Riz didakwa berbulan madu di Langkawi.

Susulan itu, pihak polis menjalankan siasatan terhadap pasangan itu. Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, berdasarkan laporan media, pasangan itu dipercayai berada di pulau peranginan berkenaan.

BACA: Netizen Dakwa Neelofa & Suami Tiba Di Langkawi?

“Kita akan siasat perkara ini sama ada benar atau tidak. Sekiranya didapati berbulan madu di pulau peranginan terbabit seperti dilaporkan, mereka jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Polis akan menjalankan siasatan,” katanya.

Ujarnya lagi, siasatan dilakukan berikutan Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik hanya membenarkan pelancong merentas negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

“Pelancong juga perlu membuat tempahan menggunakan agensi pelancongan berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) berkuatkuasa sejak 10 Mac lalu dan pergerakan perlu menggunakan kenderaan pelancongan,” katanya.