fbpx

Netizen Dakwa Neelofa & Suami Tiba Di Langkawi?

Baru sahaja tiga hari mendirikan rumah tangga, hari ini hangat diperkatakan apabila tular di media sosial mendakwa Neelofa dan suami tiba di Langkawi.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang netizen turut memuat naik gambar paparan skrin sebuah posting dari Facebook memaparkan seorang wanita berpakaian serba hitam bersama seorang lelaki berkemeja putih serta kopiah.

BACA: Netizen Teruja Neelofa Hidang Juadah Buat Suami

Lebih mencetuskan spekulasi, perkongsian di Facebook itu turut menulis ‘Selamat datang ke Langkawi Neelofa’.

Dalam pada itu menerusi Facebook, seorang netizen bernama PakYuss MoSalah turut berkongsi dua keping gambar dipercayai bersama Neelofa dan suaminya PU Riz dengan ‘tag’ lokasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Susulan itu, rata-rata netizen terkejut serta mempersoalkan mengenai dakwaan tersebut berhubung soal rentas negeri.

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan kesahihan gambar tersebut. Hasil tinjauan di Instagram Neelofa tiada sbarang muat naik mengenai dakwaan berkenaan.