fbpx

Polis Akan Panggil Neelofa, PU Riz

Memetik laporan BH Online, ihak polis akan memanggil pasangan selebriti terkenal Neelofa dan suaminya PU Riz untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berbulan madu di Langkawi.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berdasarkan bukti video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

BACA: Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja

“Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah melanggar SOP yang ditetapkan. Kita akan ambil tindakan,” katanya

Katanya lagi, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya dimuat naik itu sebahagian kegiatannya perniagaannya.

“Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja…. jelas ia tidak boleh dilakukan dan melanggar SOP.

“Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya.

Tambah beliau lagi, polis juga akan memanggil saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin.