fbpx

Neelofa Ke Langkawi Atas Urusan Kerja

Sejak Isnin lalu hangat diperkatakan apabila tular di media sosial gambar selebriti popular Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail didakwa tiba di Langkawi.

Terbaru, Polis Daerah Brickfields mengesahkan telah memberi kebenaran kepada Neelofa bersama tiga lagi individu untuk ke Langkawi atas urusan kerja.

BACA: Polis Siasat Neelofa & PU Riz Didakwa ‘Bulan Madu’ Di Langkawi

Permohonan dibuat oleh wakil sebuah syarikat produk di Balai Polis Sri Hartamas atas urusan kerja bersama pihak Chatime Malaysia dan bukan untuk berbulan madu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, berdasarkan permohonan, kesemua mereka dibenarkan pergi ke lokasi tujuan bermula 27 Mac hingga 4 April 2021.

“Syarikat terbabit turut mengeluarkan surat memaklumkan nama Neelofa dan tiga yang lain berserta nombor kad pengenalan sebagai mewakili mereka untuk melawat kawasan Chatime yang akan dibuka,” katanya.

Berdasarkan jadual pergerakan mereka, lokasi yang akan dituju oleh Neelofa dan empat lagi adalah Langkawi, Sungai Petani, dan Kangar, Perlis.

Katanya lagi, sekiranya terbukti kehadiran Neelofa ke Langkawi untuk tujuan berbulan madu, pihak polis di sana boleh mengambil tindakan kerana melanggar SOP ditetapkan.