Sebut sahaja TikTok, pasti ramai tahu aplikasi tersebut semakin menjadi trend sejak kebelakangan ini. Malah, ramai yang terjebak dengan aplikasi tersebut tidak kira usia.
Termasuklah, pelakon dan pengacara Mira Filzah yang turut terjebak dengan aplikasi tersebut. Mira turut memaklumkan kepada peminat dia juga sudah mempunyai akaun TikTok diberi nama therealmfmirafilzah.
BACA: Bertemu Jodoh, Mira Filzah Anggap Tahun 2020 Sangat Indah
Perkara itu sekaligus membuatkan rata-rata peminat teruja. Baru sahaja dibuka semalam Mira sudah mempunyai lebih 4 ribu pengikut dan mendapat lebih 9 ribu likes.