fbpx

Bertemu Jodoh, Mira Filzah Anggap Tahun 2020 Sangat Indah

Meskipun 2020 merupakan tahun penuh dugaan dan cabaran ditambah dengan pandemik COVID-19, namun pelakon dan pengacara popular Mira Filzah menyifatkan tahun ini merupakan yang indah baginya.

Dipertemukan jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar pada Ogos lalu, menerusi Instagram Mira ada berkongsikan beberapa foto mengimbau kembali momen sepanjang tahun 2020.

BACA: Terima 68 Juta Likes, Peminat Gelar Majlis Mira Filzah ‘Wedding Of The Year’

Menerusi perkongsian itu, Mira meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana mengurniakan lebih daripada apa yang diimpikan.

“Terima kasih Allah kerana mengurniakan saya lebih daripada apa yang saya layak. Syukur alhamdulillah untuk setiap hari dan segalanya. Saya sudah jumpa kekasih hati saya. Tahun yang indah, terima kasih 2020,” tulisnya.

Terdahulu, Mira dan Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd. Yazid diijabkabulkan pada 3 Ogos lalu selepas hampir setahun berkenalan.