fbpx

Peminat Desak Nad Zainal Bercinta Dengan Remy Ishak

Mengakui tidak sombong dan mesra bersama peminat, pelakon Nad Zainal menjelaskan bahawa kadang-kala ada permintaan daripada peminat yang disifatkan agak melampau dan Nad tidak boleh bertoleransi dengan kerenah tersebut.

BACA: Nad Zainal Nafi Diri Sombong Dengan Peminat

“Kadang-kadang permintaan ada di antara mereka agak melampau dan saya tidak boleh toleransi dengan karenah sebegitu. Saya bukan seorang yang tidak mesra dan sombong dengan peminat sekiranya mereka mendekati secara baik, saya juga akan layan dengan biasa”

“Mereka mengharapkan sesuatu yang lebih daripada seseorang artis dan saya sendiri tidak mampu untuk memberi perhatian tertentu kepada kerenah segelintir peminat ini. Malah sebelum ini ada yang berkeras mahu saya bercinta dengan Remy Ishak sehingga saya berasa segan untuk bertemunya kerana permintaan bukan-bukan daripada peminat,” katanya kepada mStar Online.

Tidak dinafikan kadang-kadang memang ada peminat yang terlampau fanatik malah ada juga yang terbawa-bawa perasaan benci kepada karakter di dalam drama ke dalam kehidupan sebenar. Apa yang penting, Nad tahu batas-batas mana yang perlu dijaga agar keselamatannya turut terjaga. (rtky/s)