fbpx

Nad Zainal Nafi Diri Sombong Dengan Peminat

Sebelum ini ada beberapa peminat yang mengadu akan kecewanya mereka dengan sikap Nad Zainal yang dikatakan sombong dan tidak mesra apabila mahu diajak bersosial bersama mereka. Bagaimanapun pelakon yang dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan Wanita menerusi filem Kami Histeria menafikan perihal itu.

“Bukan saya tak mesra dengan peminat tetapi ianya agak melampau kerana mereka harapkan lebih daripada itu sehingga mahu secara personal. Kalau mereka mendekati saya secara baik saya akan layan seperti biasa — seperti mana orang lain”

BACA: Nad Zainal Akui Selesa Bertudung, Belum Mahu Terus Kekal

“Tapi mereka ini harap lebih daripada itu dan ianya tidak boleh bawa sehingga ke realiti,” katanya yang berhadapan dengan segelintir peminat yang pelbagai kerenah ini.

Tambahnya lagi keadaan itu bertambah parah apabila sebelum ini ada peminat yang mahukan dirinya bersama aktor Remy Ishak bercinta sehingga menyebabkan dia berasa ‘segan’ dengan aktor tampan itu apabila perkara ini terjadi.

“Ada peminat sebelum ini yang cuba mahukan saya bercinta dengan Remy Ishak itu yang saya cakap mereka mempunyai fantasi sendiri sampai saya malu dengan Remy nasib kami ini sudah mempunyai pasangan masing-masing dan memahami. Jadi bagi saya sekarang ini saya layan peminat semua sama sahaja,” jelasnya lagi. (rtky/h)