fbpx

“Pelakon Lama Jangan Berlagak, Rasa Awak Selalu Betul”

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila ada segelintir pelakon senior meluahkan rasa kesal dengan isu disiplin pendatang baharu serta seolah tidak serius berlakon.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Mimi Lana yang tampil memberi pendapat menerusi Twitter bahawa isu disiplin tidak seharusnya ditujukan kepada pelakon baharu sahaja.

BACA: Cinta Mimi Lana, Syafiq Kyle Bertaut Kembali?

“Pelakon baharu atau lama, kedua-duanya sama sahaja. Setiap orang kena jaga perangai dan jadi contoh yang baik ketika di set pengambaran.

“Saya telah bekerja dengan ramai pelakon baharu serta lama, tidak logik rasanya jika hendak hentam mereka yang baharu sahaja,” tulisnya.

Kata Mimi lagi, bergelar pelakon lama bukan ‘tiket’ untuk mereka datang lewat ke set penggambaran, bersikap sombong dan sentiasa merasakan diri mereka betul.

“Jadi pelakon lama, bukan tiket untuk selalu datang lewat dan berlagak merasa semua yang awak cakap itu betul,” katanya.