Cinta Mimi Lana, Syafiq Kyle Bertaut Kembali?
Umum mengetahui hubungan cinta antara pelakon Mimi Lana dan Syafiq Kyle sudah pun berakhir pada Mei lalu. Boleh dikatakan ramai peminat yang kecewa selepas mereka mengumumkan berita tersebut.
Namun, timbul gosip mengatakan cinta mereka dikatakan bertaut semula. Lebih menguatkan spekulasi apabila Syafiq menghantar sejambak bunga serta hadiah sempena ulang tahun kelahiran Mimi pada 21 November lalu.
BACA: Kongsi Foto Bersama, Mimi Lana & Syafiq Kyle Kembali Bercinta?
Lebih manis, Mimi turut berkongsikan di Insta Story hadiah istimewa yang diterima daripada Syafiq. Apa yang menjadi perhatian netizen adalah kad ucapan yang diselitkan pada hadiah tersebut.
Kad ucapan yang bertulis, ‘To Mimi Roziana Happy Birthday and Love You Sayang, From Syafiq Syamim’ itu seolah-olah memberi gambaran bahawa pasangan itu kembali bercinta.
Menerusi video dan foto tersebut, Mimi dilihat cuba menutup perkataan ‘Love You Sayang’ tersebut dengan jarinya, namun netizen lebih pantas menjalankan kerja mereka.
Meskipun tiada pengesahan daripada kedua pelakon itu, namun rata-rata netizen mendoakan agar hubungan mereka pulih dan kembali bergelar sebagai pasangan kekasih.
- SUMBER
- Kosmo!
Sapik dh mcm org utan
muka mcm lanun gitu dgn misai rambut curl gitu adoi plis la cari stylist atau tengok majalah in trend hero msia apoooo?!!?!
Kaaaannnnn seram tengok muka mcm perogol bersiri pun ada.. buat la sesuatu hero hollywood kemas kacak hero melayu mcm mau jual belacan tepi jalan yach?
Hero hindustan dan bollywood takde pon mcm hero BBNU kat malaysia..sebok nak simpan rambut mcm sajat…nak jadi hero ke sajat?.ingat bagus sgt la bila rambut panjang mcm pondan???..
muka syafjq mcm nk mintak penampar je