fbpx

Ogy Ahmad Daud Jual Pes Kari Kumpul Duit Untuk Bayar Hutang

Gagal untuk mendapatkan pinjaman bank, penerbit teater Korupsi Dewan Semandung, Fauziah Ahmad Daud beralih arah mencari sumber kewangan dengan menjual pes kari bagi membauar gaji pelakon yang masih belum dilunaskan.

Lebih mesra dengan nama panggilan Ogy, pelakon veteran itu berkata meskipun penat, namun dia tidak kisah asalkan dapat melangsaikan bayaran pelakon dan kru teater berkenaan seperti yang dijanjikan.

BACA: Zarina Anjoulie Sindir Ogy Ahmad Daud Isu Hutang Teater

“Saya bukan penipu atau pendusta. Apabila berjanji untuk menjelaskan hutang, saya tetap tunaikan. Sebelum ini, saya ada beritahu sanggup buat pinjaman bank untuk tujuan itu.

“Apabila difikirkan kembali prosedur yang perlu dipatuhi dan selepas usaha pertama saya membuat pinjaman kewangan ditolak, tercetus idea menjual pes kari.

“Resipi pes kari ini saya dapat daripada arwah bapa, Allahyarham Datuk Ahmad Daud. Jadi, ini adalah resipi turun-temurun keluarga. Alhamdulillah, untuk hari pertama, semalam, saya menjual kira-kira 100 balang,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Ogy turut meluahkan syukur kerana ramai pihak sudi menghulurkan bantuan daripada segi tenaga tanpa berkira soal wang ringgit.

Saya dihubungi teman Facebook yang juga personaliti media sosial terkenal, Khairul Hakimin Muhammad. Malah, ada pihak yang membantu untuk memperomosikan produknya tanpa meminta bayaran.

“Khairul menyatakan hasrat membantu memasarkan produk saya melalui kempen yang diusahakannya tanpa mengambil komisen.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi yang sudi membantu mempromosikan pes kari air tangan saya.

“Bagi urusan memasak, saya dibantu kakitangan yang juga ibu kepada bekas pelajar kelas lakonan saya.

“Alhamdulillah, saya percaya, jika kita lakukan sesuatu dengan ikhlas, Allah akan permudahkan jalan dengan menghantar orang-orang seperti ini untuk membantu saya,” luahnya.