fbpx

Zarina Anjoulie Sindir Ogy Ahmad Daud Isu Hutang Teater

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan isu mengenai Ogy Ahmad Daud yang dikatakan melarikan diri daripada membayar kru dan pelakon yang terlibat dengan pementasan teater Korupsi Dewan Senandung.

Malah, lebih mengejutkan apabila Ogy didakwa telah menyekat beberapa pelakon yang menjadi terlibat dalam pelaksanaan projek tersebut di Instagram. Malah, ada yang mengatakan, jika tidak lari daripada masalah tersebut mengapa perlu menyekat mereka.

BACA: Ogy Ahmad Daud Tak Cukup Duit Langsai Hutang?

Difahamkan, antara pelakon yang dikatakan telah disekat oleh Ogy ialah Khir Rahman, Man Raja Lawak, Mark Adam, Syura, Vicha dan ramai lagi pelakon lain. Perkara itu mendapat perhatian Zarina Anjoulie yang mengulas lanjut mengenai tindakan Ogy itu.

https://www.instagram.com/tv/B_tHEwsnJ40/?utm_source=ig_embed

Seolah menyindir pelakon veteran tersebut, Anju mempersoalkan sebelum ini Ogy beria beria menyamannya sedangkan tiada duit untuk membayar produksi yang terlibat oleh dengan teater berkenaan.

Malah, Anju sempat memerli pelakon Azrul yang didakwa mengutuk tentang dirinya di Telegram bulan lalu kerana turut ‘tertipu’ oleh pelakon wanita itu.

https://www.instagram.com/tv/B_ttIounsN2/?utm_source=ig_embed

Perkongsian Anju itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut menyelar tindakan Ogy kerana menipu rakan-rakan artis yang sudah berpenat lelah tulang bagi menjayakan pementasan teaternya itu.

Tidak kurang juga, ada netizen mengatakan itu adalah kifarah buat pelakon veteran tersebut diatas apa yang terjadi sebelum ini.