fbpx

Nur Fazura Mahu Cuba Nasib Dalam Bisnes Pakaian Muslimah

Berikutan kejayaannya menghasilkan 32 rekaan eksklusif yang diberi nama Doll Domination di bawah jenama fesyennya, House of Doll pada sebuah majlis fesyen minggu lalu, Fazura kini tampil yakin dan bersemangat meneruskan kerjayanya dalam bidang peragaan.

BACA: Nur Fazura Akui Lebih Suka Menyendiri

Malah menurut pelakon dan juga penyanyi ini, dia mahu meneruskan apa yang dilakukannya itu walaupun ada yang melemparkan kata negatif kepadanya malah dalam masa yang sama turut mahu menghasilkan rekaan terbaru untuk wanita berhijab.

“Memang itu fokus saya selepas ini memandangkan ada permintaan daripada peminat saya yang berhijab. Melihatkan kepada kejayaan yang telah saya raih menerusi KLFW 2015, saya optimis dengan langkah saya dalam dunia fesyen dan mahu terus melebarkan perniagaan saya ke peringkat lebih tinggi”

“Ini juga sekaligus membuktikan keseriusan saya dalam bidang fesyen ini dan ia bukan lagi satu perkara main-main. Ramai tidak tahu apa yang saya lalui untuk merealisasikan impian saya ini. Saya melakukannya semua sendiri tetapi juga dibantu dengan bantuan pereka fesyen, Rizman Ruzaini yang memberi tunjuk ajar kepada saya,” jelasnya kepada mStar Online.

Fazura juga berkongsi bahawa dia pernah membeli kain yang ditempah dengan hanya menaiki teksi semata-mata untuk merasai sendiri kepayahan dalam menhasilkan sesuatu kejayaan. Apa pun, semoga Fazura berjaya mencapai apa yang diinginkannya. (rtky/s)