Meluahkan perasaannya di dalam majalah Scion (keluaran Brunei) baru-baru ini, Nur Fazura menjelaskan dia juga lebih selesa menyendiri dalam pelbagi aspek kerana pelakon ini percaya bahawa perkara tersebut dapat menggembirakan hatinya.

BACA: Nur Fazura: Bertudung Urusan Antara Saya & Allah SWT


“Saya sangat bersemangat untuk berseorangan. Pelik, bukan? Sepanjang hidup saya, saya mempunyai seorang teman lelaki tetapi sekarang saya lebih seronok berseorangan, makan salad atau apa sahaja makanan yang saya mahu, duduk di rumah, pergi mendapatkan urutan”

“Saya kini hanya bergantung kepada diri sendiri untuk mencari kegembiraan dan saya merasakan perkara tersebut sangat hebat,” katanya di dalam majalah tersebut.

Selain itu, dalam edisi terbaru itu, majalah tersebut juga berjaya mencungkil tabiat Fazura yang tidak diketahui ramai iaitu dia membasuh tangannya lebih 50 kali sehari dan juga ketika melakukan senaman yoga, Fazura akan sentiasa membetulkan tanpa henti tikar yoga yang digunakannya itu agar sentiasa kelihatan sempurna. (rtky/s)