Nur Fazura Masih Belum Sedia Berhijab Penuh
Mengakui belum lagi bersedia untuk bertudung kerana sering berselendang ketika Ramadan baru-baru ini, Nur Fazura dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa perkara tersebut adalah sesuatu yang besar baginya dan bukanlah boleh dibuat main-main lebih-lebih lagi ia melibatkan hubungan dengan Tuhan.
BACA: Peminat Pertahan Gambar Nur Fazura Bersama Anjing
“Saya belum lagi bertudung penuh, sebab saya rasa penghijrahan ini adalah satu yang besar. Kalau saya betul2 nak berhirah tu banyak benda yang saya kena fikirkan. Ianya perlu datang dari hati, bukannya saya tak bersedia sepenuhnya”
“Kenapa saya beselendang tu ialah hanya semata-mata untuk menghrormati bulan ramadan. Satu lagi memang saya suka berselendang, saya rasa bila saya pakai first day tu, second day saya rasa nak pakai lagi, third day nak pakai lagi, saya rasa… tak tau, the feeling is very nice.
Kalau nak berhijab penuh tu, kena tunggu dululah. itu antara saya dan Allah. Penghijrahan itu pada saya bukan perkara yang main-main dan perkara diambil ringan. Ia datang dari hati dan ikhlas,” katanya kepada Melodi.
Semoga usaha Fazura untuk berhijab akan terlaksana satu hari nanti, malah peminatnya di Instagram pun sentiasa memuji selebriti ini jika dia memuatnaik gambar bertudung di laman sosial tersebut. Mungkin juga peminat sudah bersedia beli tudung jenama Fazura. Eh. (rtky/s)
Fazura x fake…I like
betina sundal memang hatinya dah hitam..
pajura i like.. suke ati dia la nak btudung penuh bila.. nnt lepas pajura ni pakai tudung ade la lg potpet2.. let pajura be… if dia berhijab penuh nnt Alhamdulilah.. Insyallah~ everything will come satu2
Surah An-Nisa’, ayat 136 dan 137 :
“Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad saw) dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.
Aminnnnn
Seorang gadis tak bertudung yang bernama Lia post status pasal isu bertudung di laman sosial facebook… status yang ditulis adalah seperti berikut…”Semua yang tutup aurat tu dah kompom masuk syurga ke?” lalu mendapat banyak komen dan like dari kawan-kawan yang sebijik macam dia…Tiba-tiba, ada seorang muslimah yang bernama Suri membalas komen Lia tersebut…
Suri: Yang pasti tak tutup aurat kompom masuk neraka…
Lia: Ala…tudung labuh pun macam baik sangat… buat dosa jugak mengumpat orang sana sini…
Suri: Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu…katanya “Kenapa pulak aku kena sujud sedangkan aku lebih baik dan mulia daripada Adam…” Samalah dengan tudung, tudung juga yang dipersalahkan”
Lia: Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku, entah-entah kau dulu lagi jahat…
Suri: Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang bahkan baru masuk Islam pun boleh untuk pergi berdakwah kepada saudaranya… Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan… Selagi awak Islam dakwah itu wajib… At least, orang yang kita dakwah itu insaf dan bertaubat…
Lia: Weh pompuan… Kau ingat aku jahil sangat ke??? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik…
Suri: Adakah awak mendakwa diri awak tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat???
Lia: Pakai ketat ke, jarang ke itu hak aku… Kau tak suka tak payah tengok ok…
Suri: Awak berani jamin ke yang semua lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu???
Lia: Aku rasa aku tak pakai seksi pun… Terpulanglah pada orang yang melihat…so what..???
Suri: Seksi atau tidak hukumnya tetap haram walaupun menayangkan sehelai rambut…
Lia: Ala…tak bertudung pun aku solat dan puasa macam kau jugak…
Suri: Awak yakin ibadat tu diterima??? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga???
Lia: Suka hati aku la nak pakai macam mana pun… Aku tak susahkan hidup orang lain pun…
Suri: Awak sebenarnya dah susahkan ayah, abang, adik dan suami awak kerana menarik mereka sama-sama ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik awak…
Lia: Apa yang aku pakai ni antara aku dengan Tuhan…
Suri: Dalam dunia berani cakap… Berani ke kat depan Allah nanti cakap macam tu??? Lawan perintah Allah neraka tempatnya…
Lia: Bukan aku tak nak tutup aurat… cuma masih belum sampai seru lagi…
Suri: Mati tak kenal usia… tak takut ke mati usia muda??? Nanti tak sempat nak bertaubat…
Lia: Relax la… Perubahan bukan boleh buat terus… kena slow-slow la…
Suri: Boleh ke awak cakap dengan Malaikat Izrail suruh tunggu sekejap??? Lepak la dulu… jangan ambil nyawa aku lagi… Boleh???
Lia: Tutup aurat tu bagus tapi aku tak nak la hipokrit sebab bila buat tak ikhlas…
Suri: Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas untuk beragama Islam…
Lia: @¥¥%&*-/
Aku tngok tanya lah ustaz . Tegur boleh ,
menentukan dosa dan hina tak boleh…
TERBAIKKKK!!!!!
Mcg…..sgt menyentuh hati..tq!!!!Alhamdulillah aku dilahirkan islam n dididik oleh kedua ibu bapa utk menutup aurat dr kecik…
Sememangnya mnutup aurat adalah sesuatu yg wajib..bknnya dgn memberi ayat cliche’ ..itu antara saya dengan Allah..smoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua
FAKEZURA….NEXT!!!
takutnye jawapan kene ikhlas menutup aurat…tutup aurat tu wajib ..tang mana yg tak paham paham lagi…awak hidup ikhlas ke idok?
hidayah datang dari Allah…
bukan dari pompuan bernama suri.
dia Tuhan ke nak cakap tak tutup aurat tu confirm masuk neraka?
Setahu saya siapa yang mengucap dua kalimah syahadah/beragama Islam tu masuk syurga.
cuba jgn sombong sgt….berani langgar perintah ALLAH dah tetapkan dlm Quran? Ada muka nak mengaku umat islam yg beriman dgn Al Quran bila 1 hukum yg dah terang2 tertulis kat dlm kau langgar…..lu mmg terror lah pompuan….
Astaghfirullahala’zim. Bwak mengucap sayang. Allah menghantarkn al quran supaya kita membaca dan memahami maksudnya sekali.
Menutup aurat wajib sayang. Semoga Allah memelihara kita semua…
Menutup aurat itu bukannya kena tunggu penghijrahan tetapi suatu kewajipan sama macam solat , puasa jugak.. Boleh ke kita nak kata , ” Oh! Nantilah aku tunggu hati aku ikhlas baru aku solat and puasa , ni tak ikhlas lagik nih..” Samada kamu suka atau tidak, wanita islam harus menutupi auratnta ,itu suatu ketetapan bukannya tunggu ikhlas atau tidak..
org bkn Islam pon tau Menutup aurat wajib bg ISLAM
renung2kan
Mmg tpaksa kene pakai walaupun rasa x ikhlas sbb bila dah tbiasa pakai,br rs perbezaan dan keindahan tu akan dtg sendiri.
menutup aurat mmg ader rasa kelainannya…
betul..bila menutup aurat terasa kelainannya…cthnya, salu sy pergi kerja pkai sluar slack n kemeja dan bertudung…hari ni sy pkai jubah yg longgar dan bertudung labuh..sgt terasa damai dihati sbb bila sy lalu depan lelaki, mereka tundukkan pandangan mereka…sgt selesa bila kite dipandang hormat…Cubalah…anda pasti merasa apa yang saya rasa… selesa dan tenang…alhamdulillah..
#SyukurSelalu
#SyukurAlhamdulillah
#InshaallahTenangBahagia
takpelah fazura…janji saya sorang jee yg boleh pakai
Fazura makin cantik
aku dulu pun mcm ni. rasa nk tutup aurat bila dh sedia. tapi setiap kali aku pegi ziarah sanak saudara dan jiran atau kenalan yg mninggal, aku takut aku tak sempat. setiap hari hati tak tenang. last2 aku terus beli tudung instant. sekarang aku dh tutup aurat wlaupun x perfect, masih pakai jeans etc. aku rasa rugi tak pakai lg awal sbb terpaksa bertaubat dgn dosa x pakai tudung dan tutup aurat sejak kecil hingga besar. dan taubat dan ibadat kita bukannya 100% lulus diterima Nya jadi jgn main2 bab ni. takut kat alam lagi satu baru nk mnyesal. mmg x de guna nya
Ramai org yg blom berhijab gunakan alasan..
1) belom bersedia
2) belom dapat hidayah/seru
3) takut tak ikhlas
Sebenarnye aku faham. Bila seseorang dah terbiasa dedah aurat, pakai skirt pendek dan baju jarang atau tak berlengan, diorang harus timbangkan itu semua. Once dah bertudung, wardrobe semua kena tukar. So tu yg dtgnye alasan “belum bersedia”.
Tapi harus diingatkan. Berhijab itu adalah tuntutan agama, ianya WAJIB. Dalam kata senang, “undang-undang Allah”.
Sama seperti kita mengikut undang-undang jalanraya (lampu merah, kita berhenti. Lampu hijau, kita jalan). Kalau tak ikut, takut kemalangan dan mencelakakan diri.
Konsep nye sama dgn berhijab. Tak ikut, memudaratkan diri. Tak patuh undang-undang negara, didenda wang beribu.
Tak patuh undang-undang Allah, Ma Syaa Allah azabnya tak tertanggung dek badan. Fikir-fikirkanlah.
solat orang yang tidak bertudung tetap akan diterima oleh Allah swt, begitu juga dengan puasanya.
bertudung bukan hanya menutup aurat kerana aurat wanita bukan hanya dikepala sahaja.
menutup aurat baik bagi lelaki mahupun wanita adalah satu kemestian.
jagalah solat kita dan semoga akan menyusuri hanya perkara yang baik-baik sahaja buat kita selepas itu….Inn Sha Allah