fbpx

Norman Hakim, Memey Bakal Bersanding Kali Kedua

Jika sebelum ini pelakon dan pelawak Shuib Sepahtu dan isteri bersanding buat kali kedua, nampaknya kali ini giliran Norman Hakim dan Memey Suhaiza pula mengikuti jejak langkah tersebut. Apa pun, majlis yang diadakan ini adalah gimik buat pasangan ini yang menjadi duta rasmi Mahligai Impian Catering & Events pada Mac lalu.

BACA: Norman Hakim Tiada Niat Tunjuk Keluarga Bahagia

“Insya-Allah jika tiada halangan kami akan kembali naik pelamin dan majlis itu nanti diharap dapat beri keberkatan dan manfaat serta tidak bersifat klise dengan sambutan ulangtahun perkahwinan yang selalu kita dengar”

“Pada acara itu juga saya juga ingin meraikan anak sulung saya iaitu Mohamed Danish Hakim yang berjaya khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk,” jelasnya kepada mStar Online.

Majlis yang akan diadakan di Selayang itu dijangkakan akan dihadiri sehingga 10,000 orang tetamu malah bekas isteri Norman Hakim iaitu Abby Abadi akan turut sama hadir. Sementara itu, bagi Memey pula, timbul rasa malu namun turut teruja dengan perkara tersebut.

“Saya gembira dan teruja memandangkan majlis kali ini saya sudah berhijab berbanding ketika bersanding dahulu. Dapatlah saya kongsi gambar perkahwinan untuk tatapan anak-anak berbanding gambar sebelum memakai tudung sebelum ini,” katanya. (rtky/s)